Wednesday 29 June 2011

Kepercayaan dalam hubungan OR Trust in relationship .

Kepercayaan adalah teras sesuatu perhubungan antara setiap pasangan. Hubungan yang kukuh dan bahagia hanya akan dinikmati sekiranya pasangan saling mempercayai dan saling hormat-menghormati. Tiadanya kepercayaan dalam sesuatu perhubungan akan menyebabkan seseorang itu cuba mengawal dan memerhatikan setiap gerak geri pasangannya. Ini menimbulkan stress kerana tugas yang bertambah dan kehadiran perasaan syak wasangka yang adakalanya sukar dikawal. Di samping itu pasangan akan rasa tidak selesa dan terkongkong dalam aktiviti hariannya. Akibatnya, kedua-duanya akan mengalami stress. Elakkan terlalu mengawal pasangan anda. Sikap yang terlalu mengawal akan menimbulkan kebosanan kepada pasangan kerana merasakan diri tidak dipercayai. Kepercayaan antara satu sama lain harus menjadi asas dalam perhubungan percintaan.


Tanamkan kepercayaan terhadap pasangan. Memandangkan janji-janji yang diberikan adalah landasan kepada penyatuan dua insan. 
Salah satu cara untuk memupuk kepercayaan ialah dengan selalu berkomunikasi tentang aktiviti masing masing dengan jujur dan mengelakkan berbohong kepada pasangan anda.


*Trust means to believe. I trust you, means I have no doubt in my mind about your honesty, integrity and credibility. No relationship can survive without trust.


*Trust, Love and Commitment are the three main building blocks of relationships. It’s one thing to be in love and a completely different thing to be able to make that relationship last long.

No comments:

Post a Comment